Sumbangan

space

Memberi Sumbangan

Untuk sumbangan kepada Yayasan Aman, Sumbangan boleh dikemukakan kedalam akaun berikut atau melalui cek di atas nama YAYASAN AMAN.

MAYBANK ISLAMIC,
18, Jalan 14/14,
Seksyen 14 Petaling Jaya,
46100 Petaling Jaya,
Selangor.

NO AKAUN 562339400458 - SWIFT CODE: MBBEMYKL

Pelepasan Cukai

Semua sumbangan kepada Yayasan Aman akan diberikan pelepasan cukai oleh kerajaan.

Sekiranya anda memerlukan resit untuk perlepasan cukai, sila fax slip sumbangan anda berserta maklumat diri anda ke nombor telefon Ibu Pejabat Yayasan Aman atau cawangan berkaitan.

space

Memohon Sumbangan

Permohonan sumbangan dibuka kepada semua warganegara Malaysia untuk kategori berikut :

  1. Kumpulan Asnaf.
  2. Anak yatim dan ibu tunggal.
  3. Orang kurang upaya kekal.

Semua pemohon diminta mengisi Borang Permohonan (klik di sini untuk muat turun) dan memulangkannya kepada Yayasan Aman berdekatan samada melalui email, pos, atau fax.

Sumbangan Program dan Aktiviti

Untuk mencapai objektif Yayasan Aman, permohonan sumbangan juga dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang memerlukan sumbangan bagi menjayakan program.

Yayasan Aman memberi tumpuan khusus kepada kumpulan aktivis tempatan yang ingin melaksanakan program di kawasan mereka dan keutamaan diberikan kepada Program Bina Ummah dan Program Khidmat Kesihatan.

Semua permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Program (klik di sini untuk muat turun) pada kategori Institusi dan memulangkannya bersama kertas cadangan program/aktiviti yang lengkap kepada Yayasan Aman berdekatan samada melalui email, pos, atau fax.