Polisi Privasi

Pengguna yang dihargai

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta) yang diperkenalkan oleh Kerajaan, Yayasan Aman ingin mendapatkan kebenaran anda berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda.

Oleh yang demikian, kami ingin memaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat lain (secara kolektif, "Data Peribadi") sebelum ini yang diberikan kepada kami boleh digunapakai oleh Yayasan Aman bagi tujuan berikut :-

a. kaji selidik;
b. untuk menyebarkan maklumat produk dan perkhidmatan Yayasan Aman dan syarikat-syarikat serta organisasi berkaitan;
c. untuk memberikan maklumat produk dan perkhidmatan rakan kongsi perniagaan kami dan / atau
d. lain-lain aktiviti Yayasan Aman yang sah;
(Secara kolektif " Tujuan ").

Di samping itu, adalah dimaklumkan bahawa jika diperlukan bagi mana-mana tujuan yang tersebut di atas, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia atau didedahkan kepada syarikat-syarikat berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan / atau pembekal perkhidmatan, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia dan adalah wajib bagi kami untuk mendedahkannya kepada pengawal selia dan kepada pihak lain seperti yang dituntut oleh undang-undang. Kecuali yang tersebut di atas, Data Peribadi anda tidak akan dengan sengaja dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dengan sengaja didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.

Sila ambil perhatian bahawa adalah perlu bagi pihak Yayasan Aman untuk memproses Data Peribadi anda, kerana tanpa data ini, Yayasan Aman tidak dapat menyediakan perkhidmatan dan kemudahan tertentu kepada anda seperti yang ditawarkan kepada anda.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini membuat pertanyaan bertulis dan, dengan yuran yang minima, permintaan, secara bertulis, untuk akses kepada, atau pembetulan, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi di Yayasan Aman melalui pos berdaftar atau e-mel (yang mesti dihantar dari alamat e-mel yang berdaftar dengan Yayasan Aman) seperti yang dinyatakan di bawah : -

Alamat pos :
Yayasan Aman
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
2-12-02, Blok 2, Worldwide @7,
Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor

Alamat e-mel : privasi@yayasanaman.org

Kami percaya bahawa anda akan bersetuju dengan syarat berkenaan pemprosesan Data Peribadi seperti yang dinyatakan seperti di atas. Penggunaan berterusan laman web ini akan dianggap kebenaran kepada Yayasan Aman untuk mengumpul, memproses dan menyimpan data selaras dengan tujuan di atas. Pihak Yayasan Aman berhak untuk meminda notis ini pada bila-bila masa dan mempamerkan notis pindaan tersebut di laman sesawang Yayasan Aman atau melalui cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh pihak Yayasan Aman.