Kegiatan

kesihatan

Program Khidmat Kesihatan

Objektif program ini adalah untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat luar bandar tentang penyakit-penyakit berjangkit dan bahaya kesan daripada corak kehidupan masakini.

kasih

Program Aman Kasih

Program Aman Kasih adalah program yang direka khas untuk golongan asnaf, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan yang ditimpa bencana alam seperti banjir, kebakaran, dan kemalangan.

ummah

Program Bina Ummah

Objektif program ini adalah untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkeyakinan bagi membolehkan mereka membantu diri mereka, keluarga dan masyarakat, serta meningkatkan taraf kehidupan dan kerjaya mereka.

Program terbuka kepada orang ramai. Langgani Yayasan Aman (klik di sini) untuk mendapat maklumat mengenai program-program yang akan dilaksanakan serta mengambil bahagian dalam program berkaitan. Peserta dan sukarelawan dijemput untuk bersama menjayakan program-program ini.