Perihal Yayasan Aman

Ahli Lembaga

dsai
Penasihat & Pengasas

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

wawi
Pengerusi

YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (Kajang). Dilantik menjadi Pemegang Amanah Yayasan Aman pada 2006.

Pemegang Amanah

YB Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar
Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan sejak 1999. Dilantik menjadi Pemegang Amanah Yayasan Aman pada 1985.

Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty
Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dilantik menjadi Pemegang Amanah Yayasan Aman pada 2013.

Saudara Saiful Izham bin Ramli
Seorang peguam dan terlibat dalam pelbagai projek kebajikan, latihan belia dan akiviti kemasyarakatan. Telah dilantik menjadi Pemegang Amanah Yayasan Aman pada 2006.

Pengarah Eksekutif

Saudara Muhammad Shukri Md Saad
Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Aman pada Oktober 2011.

Latarbelakang

Ditubuhkan pada 17 Januari 1983, Yayasan Aman merupakan sebuah badan kebajikan dan diantara objektif utama penubuhan adalah seperti berikut

  • Membantu meningkatkan tahap intelektual golongan berpendapatan rendah melalui program latihan.
  • Merancang dan melaksanakan program latihan kepimpinan untuk generasi muda dan belia
  • Menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan bagi tujuan rawatan perubatan, bencana alam dan sebagainya.
  • Merangka program khusus berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial setempat.

Visi

Berhasrat menjadi satu badan bukan kerajaan yang ulung dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan meningkatkan tahap kehidupan samada di dalam atau luar bandar.

Misi

Komited kepada pengurusan yang telus, pembangunan siasah yang mampan, kemajuan masyarakatan yang seimbang dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang sejajar dan saksama.